X

Kindly register in order to view this article
!

Frankie Poon pertahan kerusi DUN Tanjong Papat

Frankie Poon Ming Fung
A
A

KOTA KINABALU - Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Papat selepas memenangi kerusi itu dalam persaingan tujuh penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 dengan majoriti 3,743 undi.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah itu memperoleh 5,900 undi menewaskan pencabarnya, Ken Yong daripada Perikatan Nasional yang hanya mendapat 2,157 undi.

Lima pencabar lain masing-masing Mohd Yunus Apil (USNO); Chung Yu Seng (PCS); Lam Jin Dak (Parti Liberal Demokratik); Jamal Ali (Parti Perpaduan Rakyat Sabah) dan Noraini Sulong (Bebas) semua hilang wang deposit.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Poon menang kerusi DUN Tanjong Papat dengan majoriti 1,816 undi mengalahkan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!