Mohamaddin menang di sebalik kenyataan kontroversi

MOHAMADDIN
MOHAMADDIN
A
A
A

KOTA KINABALU - Di sebalik kontroversi berikutan kenyataannya mengenai isu pencerobohan Lahad Datu, calon Warisan Plus kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi diangkat menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Menurut keputusan rasmi dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tadi, Mohamaddin, bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mendapat 4,864 undi menewaskan tujuh pencabar yang lain dengan majoriti 2,168 undi. Mohamaddin dilapor berkata pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada 2013 adalah sandiwara. - Bernama

Artikel Berkaitan: