Calon wanita tunggal BN kalah 10 undi di DUN Kukusan

Chaya Sulaiman
Chaya Sulaiman
A
A
A

KALABAKAN - Calon wanita tunggal Barisan Nasional (BN), Chaya Sulaiman yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan kalah tipis kepada Rina Jainal, calon Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan majoriti 10 undi.

Dalam pertandingan enam penjuru itu, Chaya mendapat 2,824 undi manakala Rina memperoleh 2,834 undi.

Peratusan pengundian hari ini di DUN Kukusan ialah 53.97 peratus daripada 12,640 pemilih berdaftar yang keluar mengundi.

Kerusi DUN Kukusan turut ditandingi calon USNO, Ismail Idris @ Pakcik EL (80 undi); calon Parti Cinta Sabah, Taufik Muin (75 undi); calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Wong Jin Soon (796 undi); Rosdiansa Mohd Noor calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah (34 undi) dan Lee Boon King calon Parti Gagasan Rakyat Sabah (21 undi). -Bernama

ARTIKEL BERKAITAN Perikatan Nasional tumbangkan Warisan Plus

Artikel Berkaitan: