PRN Sabah: SPRM terima lapan lagi laporan rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima penambahan lapan laporan berkaitan rasuah, sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula 12 September lepas.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima penambahan lapan laporan berkaitan rasuah, sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula 12 September lepas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima penambahan lapan laporan berkaitan rasuah, sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula 12 September lepas.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy berkata, penambahan jumlah berkenaan dicatat sehingga tempoh berkempen berakhir 12 tengah malam tadi.

“Sebelum ini, SPRM Sabah menerima 10 laporan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan diterima sebanyak 18 laporan sehingga kini,” katanya ringkas kepada Bernama ketika dihubungi.

Pada 24 September lepas, Bernama melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki memaklumkan, sejumlah 10 laporan berkaitan rasuah dilaporkan sejak tempoh kempen PRN Sabah bermula, dengan satu kertas siasatan dibuka melibatkan dua individu disyaki menerima wang tunai untuk diagihkan kepada pengundi.

-Bernama

Artikel Berkaitan: