Klopp sanjung tinggi sentuhan Arteta

Arteta (kanan) berjaya membentuk Arsenal menjadi sebagai pasukan yang semakin mantap.
Arteta (kanan) berjaya membentuk Arsenal menjadi sebagai pasukan yang semakin mantap.
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menghamburkan pujian kepada pengurus Arsenal, Mikel Arteta yang dianggapnya telah bekerja keras sehingga menjadikan skuad The Gunners sebagai sebuah pasukan yang semakin mantap.

Klopp berkata, dia sedar anak-anak buahnya bakal menghadapi satu lagi tugas berat apabila berdepan Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield awal pagi Selasa ini.

"Dalam masa yang singkat, dia (Arteta) telah menunjukkan bahawa dia akan jadi seorang pengurus luar biasa. apa yang saya lihat, struktur pasukan yang cuba diterapkannya sangat luar biasa.

"Keseimbangan di jentera serangan dan pertahanan sangat bagus dan dia tahu cara untuk memperbaiki pasukan. Anda boleh melihat sendiri falsafah permainan yang ditampilkan Arsenal sejak kehadirannya.

"Dia berjaya membentuk satu organisasi yang mantap dan dia sudah mengubah suasana keseluruhan dalam pasukan itu. Saya rasa tidak ramai orang percaya pada akhir musim lalu dia akan memenangi Piala FA," katanya.

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan memulakan saingan EPL musim baharu ini dengan rentak kemenangan selepas Liverpool mengatasi Leeds United 4-3 sebelum menundukkan Chelsea 2-0.

Arsenal yang mengecewakan Liverpool pada saingan Perisai Komuniti di Stadium Wembley bulan lalu turut beraksi cemerlang dalam dua aksi awal EPL apabila menang 3-0 ke atas Fulham 3-0 sebelum membenam Wes Ham United 2-1.

Pada pertengahan minggu ini, Liverpool dan Arsenal akan sekali lagi membuat perhitungan apabila mereka diundi bertemu pada pusingan ketiga Piala Liga.

Artikel Berkaitan: