PRN Sabah lancar, tiada insiden tidak diingini dilapor

Acryl Sani
Acryl Sani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan di 741 pusat mengundi, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata, pelbagai agensi keselamatan melakukan kawalan ketat di sempadan negara bagi memastikan tidak berlaku kemasukan besar-besaran rakyat negara jiran bagi mengganggu proses pengundian PRN, walaupun terdapat cubaan untuk masuk ke negara ini.

“Situasi PRN Sabah selepas tamat proses pengundian pada jam 5 petang tadi terkawal, tanpa sebarang masalah dan isu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ATM dengan kerjasama agensi lain seperti PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, mengawal sempadan negara bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

“ATM dan agensi lain sentiasa mengukuhkan kawalan sempadan darat dan perairan negara melalui Op Benteng,” katanya.

Ahad lepas, Bernama melaporkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kemasukan besar-besaran rakyat dari negara jiran, untuk membuat kekacauan pada hari pengundian PRN Sabah. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

https://www.sinarharian.com.my/article/102763/Pilihan-Raya/PRN-Sabah/PRN-Sabah-Polis-terima-199-laporan

https://www.sinarharian.com.my/article/102602/Pilihan-Raya/PRN-Sabah/Rakyat-negara-jiran-sembunyi-di-pulau-sebelum-masuk-Sabah

Artikel Berkaitan: