United nyaris terlepas tiga mata

Fernandes muncul penyelamat United apabila meledak gol kemenangan di Stadium Amex sebentar tadi.
Fernandes muncul penyelamat United apabila meledak gol kemenangan di Stadium Amex sebentar tadi.
A
A
A

MANCHESTER United terpaksa menunggu sehingga penghujung perlawanan bagi mengesahkan kemenangan 3-2 ke atas Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Amex sebentar tadi.

Pemain tengah versatil, Bruno Fernandes menyelamatkan maruah The Red Devils apabila meledak gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan babak kedua yang berlanjutan sehingga 10 minit.

Terdahulu, Neil Maupay membuka tirai jaringan buat Brighton apabila menyumbang gol pertama tuan rumah menerusi sepakan penalti 'panenka' pada minit ke-40.

Begitupun, kegembiraan Brighton tidak bertahan lama selepas tonggak pertahanan, Lewis Dunk menjaringkan gol sendiri berselang tiga minit kemudian.

United berada di depan apabila Marcus Rashford berjaya merobek gawang Brighton hasil larian solo menewaskan beberapa pemain lawan pada minit ke-55.

Brighton berjaya menyamakan kedudukan apabila pemain sayap, Solly March menjaringkan gol kedua pasukannya pada minit kelima masa tambahan.

Ketika aksi kedua-dua pasukan seakan-akan berakhir dengan keputusan seri, Maupay menjadi punca United memperoleh sepakan penalti apabila bola terkena tangannya.

Biarpun United dihadiahkan sepakan penalti selepas wisel penamat dibunyikan susulan penilaian Video Bantuan Pengadil (VAR), Fernandes sekali lagi tenang menyempurnakan tugasnya itu, sekali gus menyumbat gol menerusi penalti ke-18 berturut turut.

Artikel Berkaitan: