X

Kindly register in order to view this article
!

Polis rampas 1,300kg daun ketum

Hasanuddin (kanan) bersama Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim (tengah) menunjukkan daun ketum yang dirampas dalam serbuan di tiga buah pondok di Hutan Simpan Sungai Badak, Bukit Kayu Hitam, Jitra semalam.
A
A

JITRA - Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu berjaya merampas 1,300 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM13,000 yang disimpan di tiga buah pondok di Hutan Simpan Sungai Badak, Bukit Kayu Hitam, di sini semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 11 pagi sebelum pasukan berkenaan berjaya menemui tiga buah pondok berbumbung plastik yang mengandungi longgokan daun ketum di dalamnya.

Katanya, ketika serbuan, tiada individu yang tampil ke pondok berkenaan walaupun setelah enam jam pemantauan dijalankan di kawasan itu.

"Jadi kita ambil keputusan membawa pulang kesemua daun ketum itu ke IPD Kubang Pasu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini 15 guni telah dibawa turun manakala 80 guni lagi masih berada di lokasi dan dalam proses untuk dibawa pulang.

"Lokasi ketiga-tiga pondok berkenaan terletak sangat jauh ke dalam hutan iaitu kira-kira 10 kilometer dan anggota terpaksa menggunakan motosikal untuk mengangkut daun-daun berkenaan.

"Memandangkan tempat pengumpulan itu berada sangat hampir dengan sempadan Thailand iaitu kira-kira 500 meter sahaja jadi kita percaya kesemua daun ini akan diseludup ke negara jiran.

"Ini kerana permintaan daun ketum di sana sangat tinggi selain harganya meningkat beberapa kali ganda berbanding di negara kita," katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!