X

Kindly register in order to view this article
!

Enam tokan dadah dicekup

Salah sebuah rumah di Permatang Tok Jaya yang diserbu polis semalam.
A
A

KEPALA BATAS - Enam tokan dadah termasuk seorang wanita ditahan selepas dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah di Seberang Perai di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek berusia dari 16 hingga 52 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di kawasan Permatang Tok Jaya dan Pangsapuri Ampang Jajar di sini, semalam.

"Sejumlah dadah yang sudah siap dibungkus dianggarkan bernilai RM3,602 ditemui dalam serbuan bermula pada jam 11 malam.

"Sebanyak 99 gram heroin, 1.3 gram syabu serta peralatan untuk menghisap dadah turut dirampas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, semakan mendapati ada antara mereka mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kesalahan berkaitan dadah.

"Kesemua yang ditahan direman tujuh hari untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!