X

Kindly register in order to view this article
!

Dua pemandu treler maut, kenderaan terbabas dalam gaung

A
A

KUALA LUMPUR - Dua pemandu treler maut selepas kenderaan berat yang membawa muatan besi rod dan almari besi bergesel sebelum terbabas ke dalam gaung di Kilometer 421.4 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Bukit Tagar dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, mangsa yang maut dalam kemalangan pada kira-kira jam 5 pagi itu ialah S Esaias, 44, dari Bedong, Kedah dan Asmawi Abdullah, 46, dari Bagan Serai, Perak.

"S Esaias dan Asmawi yang masing-masing memandu treler jenis Hino yang membawa muatan besi rod dan treler Scania yang membawa muatan almari besi, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, tangan dan badan.

“Treler dipandu S Esaias yang dalam perjalanan dari Batu Kurau, Perak ke Kuala Lumpur bergesel dengan treler dipandu Asmawi di lorong kecemasan menyebabkan kedua-duanya gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas ke dalam gaung di kiri lebuh raya,” katanya kepada media di sini hari ini.

Katanya, kemalangan berlaku di jalan lurus dan keadaan masih gelap. Akibat kejadian itu, kedua-dua treler terbabit remuk di bahagian hadapan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!