Ibu Siso Kopratasa meninggal dunia

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Balok, 10 pagi tadi.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Balok, 10 pagi tadi.
A
A
A

IBU penyanyi Siso Kopratasa, Wan Zaiyah Wan Ismail, 82, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Allahyarhamah difahamkan menghidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dan dimasukkan ke HTAA dua hari lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.15 tengah malam tadi.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Balok di sini kira-kira jam 10 pagi tadi.

Menurut kenalan keluarga, Allahyarhamah sering berulang ke hospital sejak sebulan lalu ekoran penyakit dihidapi.

Namun keadaan semakin teruk sejak dua hari lalu sebelum dimasukkan ke HTAA.

Artikel Berkaitan: