X

Kindly register in order to view this article
!

Program Masuk Syurga Sekeluarga bakal beri impak positif

Tuan Fazrul (kanan) dan Imam Besar MAIK, Muhammad Hana Pizi sempat menjamu selera di Majlis Pelancaran Program Masuk Syurga Sekeluarga di Ala Resort Lodge di Bachok, hari ini.
A
A

KOTA BHARU - Program Seminar Masuk Syurga Sekeluarga dijangka memberi impak baru kepada rakyat di Kelantan terutama bagi mengimarahkan aktiviti tadabbur dan tazakur di rumah masing-masing.

Pengarah Program Masuk Syurga Sekeluarga merangkap Bendahari Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan, Aziah Zawawi berkata, pihaknya menjangkakan enam Rumah Ngaji terlibat dalam program tersebut sehingga hujung tahun ini.

"Untuk pelancarannya kita buat hari ini di Ala Resort Lodge dan Insya-ALLAH, selepas ini tiga lagi di Kota Bharu dan dua lagi di daerah lain.

"Kita akan jelajah semua Rumah Ngaji dan masjid-masjid di seluruh Kelantan selepas ini dari masa ke masa," katanya.

Terdahulu, majlis tersebut dirasmikan Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK), Muhammad Hana Pizi Abdullah yang turut dihadiri Pentadabbur terkemuka, Fazrul Ismail serta dihadiri ahli jawatankuasa Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan.

Pentadabbur terkemuka, Tuan Fazrul (tengah) sempat memberi perkongsian mengenai pengalamannya membantu ibu bapa mendidik anak-anak untuk mengimarahkan Alquran semasa Majlis Pelancaran Masuk Syurga Sekeluarga di Bachok, hari ini.
Pentadabbur terkemuka, Tuan Fazrul (tengah) sempat memberi perkongsian mengenai pengalamannya membantu ibu bapa mendidik anak-anak untuk mengimarahkan Alquran semasa Majlis Pelancaran Masuk Syurga Sekeluarga di Bachok, hari ini.

Menurut Aziah, antara pengisian dilaksanakan adalah pendidikan kepada ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka membaca al Quran melibatkan surah-surah terpilih untuk kebahagiaan keluarga dan rumah tangga.

Sementara itu, pada masa sama, turut diadakan Training of Trainees Interaksi Quran Kelantan 2.0 (TOTIQ) melibatkan 66 peserta seluruh negeri yang akan menerima pentauliahan mereka sebagai ejen tadabbur al Quran.

Pengerusi Biro Latihan Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan, Dr Sharifah Mastura Syed Mohamad ketika ditemui memberitahu, ia merupakan siri kedua pentauliahan tersebut dibuat dan sijil diterima adalah melibatkan pengiktirafan untuk menjadi penyampai kaedah berinteraksi dengan quran, tadabbur dan tazakur quran.

"Kita ada tiga peringkat iaitu 'black belt', 'red' dan 'yellow belt' yang mempunyai kategori tertentu. Untuk hari ini, kita anugerahkan 15 peserta dengan 'black belt' kerana mereka layak untuk membuat perkongsian tadabbur, tazakur kepada kumpulan agak besar iaitu lebih 50 orang," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!