Proses pengundian dikendali dengan baik: Darell Leiking

Darell Leiking
Darell Leiking
A
A
A

PENAMPANG - Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) yang juga calon Warisan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog, Datuk Darell Leiking berpuas hati dengan proses pengundian pilihan raya negeri hari ini.

Ahli Parlimen Penampang dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Sugud, Penampang kira-kira jam 9.40 pagi tadi berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikannya dengan baik.

“Kita harapkan yang terbaik untuk pilihan raya ini dan harap kita tidak berdepan sebarang masalah dan percaya semua orang mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini, DUN Moyog menyaksikan pertandingan tujuh penjuru dan Darell dicabar Joseph Suleiman daripada Perikatan Nasional (PN), Marcel Annol (LDP), Nicholas Sampil@William (PCS), Robert Richard Foo (Bebas), Vinson Loijon@Patrick (Parti Perpaduan Rakyat Sabah) dan John Chryso Bin Masabal (PBS).

PRN Sabah diadakan susulan pembubaran DUN yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai lepas, sehari selepas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri. - Bernama

Artikel Berkaitan: