48 peratus keluar mengundi setakat 1 petang: SPR

Pengundi menunggu giliran untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 di Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya hari ini. - Foto Bernama
Pengundi menunggu giliran untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 di Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Sejak pusat pengundian dibuka enam jam lepas, sebanyak 48 peratus pemilih berdaftar di Sabah telah keluar mengundi setakat 1 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah itu meningkat sedikit berbanding 41 peratus pada 12 tengah hari.

SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang ini.

Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa, dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat. - Bernama

Artikel Berkaitan: