Pengawal keselamatan ugut bunuh ibu

Polis merampas sebuah pisau berhulu plastik sepanjang kira-kira 21 sentimeter dipercayai digunakan seorang lelaki ketika mengugut bunuh ibunya di di Kampung Kemunting, Karangan, Sungai Kob, Khamis lepas.
Polis merampas sebuah pisau berhulu plastik sepanjang kira-kira 21 sentimeter dipercayai digunakan seorang lelaki ketika mengugut bunuh ibunya di di Kampung Kemunting, Karangan, Sungai Kob, Khamis lepas.
A
A
A

KULIM - Seorang pengawal keselamatan sanggup mengugut ibu kandung dengan menggunakan pisau bagi mendapatkan wang untuk membeli minuman keras.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Azhar Hashim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 petang di Kampung Kemunting, Karangan, Sungai Kob Khamis apabila suspek berusia 32 tahun datang ke rumah ibunya yang didiami bersama adik perempuannya.

Katanya, suspek yang merupakan anak sulung itu datang dalam keadaan mabuk meminta sejumlah wang daripada ibunya namun wanita berkenaan tidak mempunyai wang.

"Selepas itu, berlaku pertengkaran mulut antara suspek dengan ibunya yang berusia 53 tahun dan lelaki berkenaan tidak berpuas hati lalu mengambil sebilah pisau di dapur.

"Suspek kemudiannya mengacukan pisau ke arah mangsa dan mengugut ingin membunuh wanita berkenaan sebelum dileraikan oleh adik perempuan suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun menurutnya, wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan suspek ditahan di hadapan rumah itu kira-kira jam 12.15 malam dan polis turut merampas sebilah pisau berhulu plastik sepanjang kira-kira 21 sentimeter.

"Lelaki itu ditahan reman selama empat hari sehingga 28 September depan kes akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: