PRN Sabah: Mohd Shafie selesai membuang undi

Mohd Shafie menunaikan tanggungjawab mengundi kira-kira jam 8.15 pagi tadi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bubul Semporna.
Mohd Shafie menunaikan tanggungjawab mengundi kira-kira jam 8.15 pagi tadi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bubul Semporna.
A
A
A

KOTA KINABALU – Beberapa pemimpin utama parti selesai membuang undi di beberapa pusat mengundi seluruh Sabah yang dibuka seawal jam 7.30 pagi tadi.

Antara pemimpin terawal membuang undi ialah Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menunaikan tanggungjawab mengundi kira-kira jam 8.15 pagi tadi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bubul Semporna diiringi isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib.

Turut menunaikan tanggungjawab ialah Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang membuang undi pada jam 10 pagi.

Beliau yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Serusup Tuaran.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin pula membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Garam pada jam 11.15 pagi.

Hajiji Noor yang membuang undi pada jam 10 pagi mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Serusup Tuaran.
Hajiji Noor yang membuang undi pada jam 10 pagi mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Serusup Tuaran.

Beliau yang juga calon BN bagi DUN Lamag akan dicabar oleh empat pencabar lain bagi merebut kerusi baharu itu.

Pada jam 12 tengah hari tadi, Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman masih belum kelihatan di pusat mengundi dijangka akan mengundi di SK Kampung Brunei Membakut.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: LIVE: Sabah mengundi hari ini

Proses pengundian PRN Sabah berjalan lancar

PRN Sabah: Proses nyahkuman setiap dua jam

Sementara itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan menjangkakan bilangan pengundi yang rendah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan yang ditandinginya susulan kebimbangan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Calon Perikatan Nasional (PN) itu berharap lebih ramai daripada jumlah 16,511 pemilih berdaftar di kawasan DUN itu akan keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing berdasarkan cuaca yang baik dan bantuan petugas pilihan raya di pusat mengundi.

“Satu-satunya perkara yang membimbangkan ialah beberapa pengundi mungkin tidak keluar mengundi kerana takut dengan pandemik Covid-19 memandangkan lebih 100 kes positif dilaporkan di Sabah,” katanya penyandang kerusi itu kepada pemberita selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan pada jam 9.50 pagi.