X

Kindly register in order to view this article
!

Tak sempat joli duit pertaruhan lumba haram

Antara suspek yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Pantai Timur semalam.
A
A

KEMAMAN - Hasrat sekumpulan lelaki untuk menjolikan wang kemenangan pertaruhan lumba haram berjumlah RM4,000 terbantut apabila diberkas polis dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Pantai Timur di sini semalam.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, hasil maklumat dan risikan, pihaknya berjaya mengesan kegiatan terbabit kira-kira jam 12.25 tengah malam membabitkan perlumbaan motosikal Yamaha 125zr di antara dua lelaki.

Menurutnya, kedua-dua penunggang motosikal terbabit dikesan berlumba dengan melakukan aksi 'superman' selain melawan arus bermula dari Kilometer (KM) 250 hingga KM249 sebelum salah seorang daripadanya berjaya diberkas manakala seorang lagi telah melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya.

"Pasukan operasi JSPT Bukit Aman kemudian juga turut menahan lima lagi lelaki yang disyaki bersubahat dan berperanan sebagai penganjur, penyimpan wang pertaruhan dan orang tengah.

"Tidak lama kemudian, lapan buah kereta telah dikesan memandu secara melawan arus sebelum kesemua pemandu terbabit dipercayai adalah penonton berjaya ditahan di lokasi berhampiran," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Polis merampas sejumlah wang tunai RM4,000 selepas menumpaskan kegiatan lumba haram di Lebuhraya Pantai Timur semalam.
Polis merampas sejumlah wang tunai RM4,000 selepas menumpaskan kegiatan lumba haram di Lebuhraya Pantai Timur semalam.

Beliau berkata, soal siasat dan dengan dipandu arah salah seorang suspek kemudian membawa penahanan seorang lelaki di Kuantan, Pahang, yang mengaku terlibat dalam perlumbaan terbabit.

Katanya, susulan itu, kira-kira jam 4 petang, seorang lagi lelaki berjaya ditahan di sebuah rumah di Kuantan, Pahang dan suspek mengaku berperanan sebagai penyimpan wang pertaruhan.

"Kesemua tangkapan berusia 17 hingga 32 tahun selain motosikal dan kereta telah disita dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk tindakan lanjut.

"Kesemua suspek direman selama empat hari untuk siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!