Pejuang tidak merancang tawar kerjasama kepada Anwar

Mukhriz (kiri) berkongsi keperibadian Azizan yang dikaguminya ketika Majlis Memperingati Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak bersama anak Allahyarham, Ahmad Faiq Azizan di dewan Anjung Ikan Bakar di sini malam tadi.
Mukhriz (kiri) berkongsi keperibadian Azizan yang dikaguminya ketika Majlis Memperingati Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak bersama anak Allahyarham, Ahmad Faiq Azizan di dewan Anjung Ikan Bakar di sini malam tadi.
A
A
A

YAN - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak merancang menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, mereka sama sekali tidak akan 'terhegeh- hegeh' menawarkan kerjasama dengan Anwar walaupun sehingga kini tidak pernah diajak untuk berbincang mengenai perkara itu.

Mukhriz juga hairan dengan kenyataan Anwar yang mendakwa mempunyai bilangan ahli Parlimen yang mencukupi untuk tujuan itu.

"Kami terdiri daripada Pejuang, Warisan, Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman setidak-tidaknya ada 18 orang.

"Mungkin jumlah 18 itu dianggap kecil dan Anwar sendiri menyebut bahawa kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak termasuk dalam jumlah sokongan yang beliau terima," katanya ketika ditemui selepas hadir sebagai ahli panel pada Majlis Memperingati Allahyarham bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak bersama anak Allahyarham, Ahmad Faiq Azizan di Dewan Anjung Ikan Bakar di sini malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas tuntut penjelasan UMNO

Sokongan UMNO kepada Anwar bersyarat, kata Dr Mahathir

Muhyiddin persoal jumlah sebenar ahli Parlimen sokong Anwar

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, susulan itu Anwar diminta mengemukakan bukti jumlah sokongan ahli Parlimen yang dimilikinya bagi membentuk sebuah kerajaan baharu seperti didakwa.

"Bukti itu perlu disertakan dengan akuan sokongan oleh semua ahli Parlimen yang kononnya bersamanya untuk membentuk kerajaan.

"Ini kerana ketika ini tersebar nama-nama ahli Parlimen dari UMNO yang dikatakan akan bersama Anwar tetapi seorang demi seorang sudah menafikannya. Ia menimbulkan banyak persoalan," katanya.