RISDA bantu pekebun kecil yang terkesan pandemik Covid-19

Pengerusi RISDA, Datuk Mohd Salim Sharif meninjau melawat aktiviti pelancongan dan rekreasi yang dijalankan Lalim di Pantai Rang Bulan, Kampung Kuala Abai, Kota Belud.
Pengerusi RISDA, Datuk Mohd Salim Sharif meninjau melawat aktiviti pelancongan dan rekreasi yang dijalankan Lalim di Pantai Rang Bulan, Kampung Kuala Abai, Kota Belud.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pandemik koronavirus (Covid-19) yang melanda seluruh dunia sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu memberi kesan kepada pelbagai sektor di Malaysia termasuk pekebun kecil.

Ia menyebabkan rata-rata rakyat terjejas dari segi pendapatan apabila aktiviti ekonomi terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Dalam situasi getir menghadapi Covid-19, ramai pengusaha dalam kalangan pekebun kecil terpaksa mencari pendapatan sampingan kerana tidak boleh hanya mengharapkan hasil tanaman getah, malah sektor pelancongan tidak terkecuali daripada menerima kesannya.

Kesukaran dialami golongan berkenaan mendapat perhatian Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang sentiasa membantu dalam apa juga situasi.

Pekebun kecil yang mengusahakan aktiviti pelancongan, Lalim Kandiyong, 55, mengakui sehingga kini masih terjejas dari segi kehadiran orang ramai ke tempat penginapan dan rekreasi yang diusahakan di Pantai Rang Bulan, Kampung Kuala Abai, Kota Belud.

“Saya masih belum dapat membuka sektor pelancongan sepenuhnya kerana tertakluk dengan arahan pihak berkuasa, selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di Pantai Rang Bulan, Kota Belud di sini semalam.

Louna (kanan) menjalankan perniagaan percetakan baju di Tamparuli Point, Tuaran.
Louna (kanan) menjalankan perniagaan percetakan baju di Tamparuli Point, Tuaran.

Beliau turut melahirkan rasa bersyukur kerana RISDA banyak membantu ketika menghadapi cabaran tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pengusaha ternakan itik dan telur masin, Hamzah Bukit, 63, berkata, bantuan yang diberikan RISDA dapat membantunya menjana pendapatan sampingan.

“RISDA membantu saya dari segi menambah kelengkapan di ladang ternakan itik dan saya dapat mengembangkan lagi ternakan itik untuk telur masin,” katanya.

Pengusaha mencetak baju, Louna Tadin, 52, pula berkata, bantuan sebanyak RM10,000 daripada RISDA memberi semangat kepadanya untuk meneruskan perniagaan.

“Ketika Covid-19, saya hampir berputus asa tetapi dengan sokongan RISDA, saya teruskan perniagaan ini sehingga sekarang,” katanya.