Pelantikan Tengku Ampuan Pahang selepas 31 tahun...

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
A
A
A

PEKAN - Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang yang baharu, selepas kali terakhir gelaran itu disandang 31 tahun lepas.

Pemasyhuran Tunku Azizah disempurnakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pelantikan dan Pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang yang berlangsung penuh istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini.

Pemasyhuran itu meletakkan baginda sebagai Tengku Ampuan Pahang kelima dalam kesultanan Pahang era moden.

BIODATA TENGKU AMPUAN PAHANG KELIMA

Tunku Azizah dilahirkan di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru pada 5 Ogos 1960, merupakan anakanda keempat kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah.

Berkahwin dengan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang pada ketika itu Tengku Mahkota Pahang pada 6 Mac 1986.

ANAKANDA

1. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Artikel Berkaitan:

2. Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah

3. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Iman Afzan

4. Yang Amat Mulia Puteri Ilisha Ameera

5. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Ilyana

6. Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah

7. Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah

8. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah

9. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

PENDIDIKAN

1963-1966 : Taman Kanak-Kanak Tengku Ampuan Besar Meriam, Johor Bahru

1967-1972 : Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru

1973-1979 : Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru

1982-1983 : Universiti Nasional Singapura (NUS) (Sains Politik dan Sosiologi)