GRS teruskan pembinaan Jambatan Sungai Damit jika menang

Jahid (dua dari kiri) menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah, Kampung Sungai Damit, Tuaran hari ini.
Jahid (dua dari kiri) menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah, Kampung Sungai Damit, Tuaran hari ini.
A
A
A

TUARAN - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan meneruskan projek pembinaan Jambatan Sungai Damit sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran Sabah.

Calon Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim berkata, beliau tidak pasti punca projek besar membabitkan pembinaan jambatan untuk kemudahan penduduk itu dihentikan.

"Ia sudah dimulakan dahulu malangnya jambatan itu tidak disambung pelaksanaannya, tidak tahu kenapa.

"Tetapi sebaik saja kerajaan negeri ini diambil, kita akan mulakan supaya jambatan itu siap seperti yang kami harapkan, rakyat harapkan," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah, Kampung Sungai Damit di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau dalam ucapannya berkata, esok adalah hari untuk menebus semula perkhidmatan yang tidak sempat dilaksanakan untuk pengundi memilih kerajaan yang sehaluan dengan kerajaan Persekutuan.

"Saya percaya esok rakyat sekali lagi akan memberi amanah dan mandat untuk menyambung perkhidmatan yang cuma dua hari sempat kita pegang untuk memastikan kesinambungan perjuangan membela rakyat di Sabah ini dapat dilaksanakan sebaik selesai pilihan raya esok," katanya.

Terdahulu, hadir sama dalam program itu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, calon Perikatan Nasional bagi DUN Sulaman, Datuk Hajiji Noor dan Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Artikel Berkaitan: