Senarai hitam majikan salah guna Program Subsidi Upah

Saravanan (dua dari kanan) menyampaikan sijil tawaran mengikuti latihan di syarikat yang terpilih kepada Nur Azmi Daud (dua dari kiri) pada Program Inisiatif Penjana Pembangunan Sumber Manusia Berhad di Johor Bahru hari ini.
Saravanan (dua dari kanan) menyampaikan sijil tawaran mengikuti latihan di syarikat yang terpilih kepada Nur Azmi Daud (dua dari kiri) pada Program Inisiatif Penjana Pembangunan Sumber Manusia Berhad di Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan akan senarai hitam majikan yang didapati menyalahguna dana Program Subsidi Upah (PSU) yang diperkenalkan pada 1 April lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, pihaknya menerima aduan daripada seramai 846 orang pekerja berhubung kegagalan majikan membayar upah kepada mereka.

"Ada juga syarikat memberi dokumen palsu. Sehingga kini sebanyak 1,663 syarikat dikenal pasti memberi maklumat palsu melibatkan seramai 14,800 pekerja dan tuntutan adalah sebanyak RM31 juta.

"Kita ingin mengingatkan syarikat untuk tidak cuba mengambil kesempatan terutama dalam keadaan sekarang, selain kerajaan sedang buat semampu yang boleh bagi membantu rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Program Inisiatif Penjana Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di sini hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan penyambungan Program Subsidi Upah 2.0 melibatkan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion yang dijangka memberi manfaat kepada seramai 1.3 juta pekerja.

Inisiatif itu diambil sebagai tanda keprihatinan kerajaan bagi mengurangkan beban majikan dan pekerjaan untuk fasa pemulihan ekonomi.

Saravanan berkata, walaupun sebahagian besar syarikat telah memberikan kepada pekerja yang memerlukan, namun ada juga yang dipercayai mengambil kesempatan dalam keadaan ketika ini.

"Kerajaan memberi subsidi upah kepada syarikat dengan tidak memberhentikan pekerja dan terus beroperasi, selain turut memberi insentif pengambilan pekerja kepada syarikat yang mengambil pekerja," katanya.

Artikel Berkaitan: