X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada orang dalam terlibat kes samun emas RM3 juta

Laporan Sinar Harian 22 September lalu. Gambar kanan: Saiful Azly Kamarudin
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan tiada pembabitan orang dalam berhubung kes samun barang kemas bernilai RM3 juta dan wang tunai RM67,000 di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes termasuk mengesan suspek.

"Satu pasukan task force ditubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur untuk melihat dan mengkaji persamaan kes itu dengan kes samun di Perak serta tempat lain.

"Kita masih lagi mengesan suspek dan setakat ini belum ada lagi saksi baharu yang tampil melainkan lapan saksi termasuk pemandu e-hailing yang telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang itu, mangsa yang bertugas sebagai jurujual sebuah syarikat pengedar emas bersama rakannya dalam perjalanan dari Jalan Kuchai Lama ke Sungai Besi melalui Lebuhraya Besraya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual syarikat edar emas disamun

Samun barang kemas RM3 juta: Lapan individu disiasat

Dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna hitam menahan kenderaan mangsa di bahagian depan dan belakang menyebabkan kenderaan itu terhenti.

Tiga orang suspek bersenjatakan parang kemudiannya memecahkan cermin kiri dan kanan kenderaan mangsa sebelum kedua-dua mereka ditarik keluar.

Suspek bertindak melarikan emas dan wang tunai yang ada di dalam kenderaan tersebut dan melarikan diri.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!