PRN Sabah: Muhyiddin bantu kempen hari terakhir

Muhyiddin berucap untuk membantu calon PN dan PBS berkempen pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah, Kampung Sungai Damit, Tuaran hari ini.
Muhyiddin berucap untuk membantu calon PN dan PBS berkempen pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah, Kampung Sungai Damit, Tuaran hari ini.
A
A
A

TUARAN - Hujan lebat selama kira-kira setengah jam tidak menghalang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus berucap untuk membantu calon Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berkempen pada hari terakhir hari ini.

Ia sekali gus menunjukkan itu adalah 'pecutan terakhir' bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim dan DUN Sulaman, Datuk Hajiji Noor untuk memenangi hati rakyat sebelum hari pengundian yang berlangsung esok.

Ketika cuba dipayungi oleh pegawainya, beliau berkata, tidak mengapa dan menganggap ia adalah hujan rahmat ketika beliau membantu dua calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di kawasan itu.

"Tidak apa, ini hujan rahmat," katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada penduduk yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah, Kampung Sungai Damit, di sini hari ini.

Beliau kemudian meneruskan ucapannya dengan mengajak rakyat di kawasan itu supaya memilih calon PN dan PBS untuk menang dalam PRN kali ini supaya pemerintahan negeri sehaluan dengan kerajaan pusat.

"Penentu untuk masa depan negara bukan saya, tetapi rakyat jelata. Apa yang anda mahu, anda pilihnya sendiri, kalau anda mahu pergi ke depan, ikut saya.

"Kita nak Sabah melonjak lebih maju ke depan tetapi masalah yang sedang dihadapi negara termasuk di Sabah adalah koronavirus (Covid-19), masalah ekonomi Sabah yang makin menguncup, masalah peluang pekerjaan, masalah kos sara hidup, masalah usaha yang kita lakukan dalam perniagaan, maka ini isu yang utama.

"Tetapi kalau kita ambil keputusan haluan di Sabah berbeza dengan saya di peringkat Pusat, tentu dalam soal ini tidak membawa kebaikan kepada negeri Sabah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, beliau mengingatkan supaya pengundi bersedia dengan kad pengenalan masing-masing esok untuk dibawa bersama ketika mengundi.

"Esok ke pusat pengundian masuk dengan selawat dan tengok saja PN pangkah, PBS pangkah, BN pangkah.

"Jangan lupa simpan kad pengenalan, kalau tidak bawa, rugi saya tiada undi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 1,088,711 pengundi biasa bakal mengundi esok