Anwar tiada sebarang program di Istana Negara hari ini

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) pada sidang media kelmarin. -Foto Bernama
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) pada sidang media kelmarin. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak mempunyai sebarang program berkaitan dengan Istana Negara pada hari ini.

Menurut laporan Malaysia Gazette, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Setiausaha Politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

"Tiada," katanya ringkas kepada portal berita itu hari ini.

Diajukan soalan bilakah tarikh sebenar Anwar akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, beliau bagaimanapun enggan mendedahkannya.

Semalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan penyebaran poster palsu mengenai Upacara Mengangkat Sumpah Perdana Menteri kesembilan yang menggunakan logo dengan sayap parti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas tuntut penjelasan UMNO

Sokongan UMNO kepada Anwar bersyarat, kata Dr Mahathir

Muhyiddin persoal jumlah sebenar ahli Parlimen sokong Anwar

Artikel Berkaitan: