X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan Sabah beri cuti khas esok

PRN SABAH
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri memutuskan untuk memberi Hari Kelepasan Am Khas esok bagi membolehkan rakyat Sabah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah (Sabah Bab 56).

"Orang ramai sekali lagi diperingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pihak berkuasa berwajib.

"Saya juga ingin meminta rakyat untuk sentiasa mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan hendaklah dijadikan satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, rakyat perlu mengelakkan '3S' iaitu jauhi kawasan sesak (crowded place), elakkan kawasan sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).

"Selain itu kita juga perlu mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai alat pelitup muka (wear) di tempat awam atau jika bergejala, dan amaran (warn) daripada KKM," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!