Pandu kenderaan mewah tapi tiada lesen

Seorang wanita berusia 23 tahun turut ditahan kerana positif dadah.
Seorang wanita berusia 23 tahun turut ditahan kerana positif dadah.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang ahli perniagaan antara yang ditahan dalam operasi bersepadu di Jalan Syed Abdul Aziz, Banda Hilir di sini semalam kerana memandu kereta tanpa lesen memandu.

Lelaki dari Puchong, Selangor itu yang memandu kenderaan mewah Toyota Vellfire mengakui selalu berulang alik ke Melaka untuk menguruskan kedai dandanan rambut miliknya yang terletak di Melaka namun selama ini dia memandu tanpa lesen.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Sharif berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan kerana gagal mengemukakan lesen memandu yang sah.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan oleh anggota polis ke atas kenderaan mewah berkenaan turut menjumpai ganja dan hasil saringan ujian urin ke atas lelaki itu didapati positif.

Seorang wanita berusia 23 tahun turut ditahan kerana positif dadah.
Seorang wanita berusia 23 tahun turut ditahan kerana positif dadah.

"Dalam operasi bersepadu itu, seramai 27 individu ditahan termasuk seorang ibu muda berusia 23 tahun yang didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Seramai 27 individu berusia 23 hingga 43 tahun ditahan dalam operasi bersepadu bermula jam 9 hingga 12 tengah malam tadi (semalam). Daripada jumlah tersebut enam daripada mereka didapati positif dadah jenis ganja, opiat dan methamphetamine.

"Kita juga menahan pasangan warga Nigeria kerana tidak memiliki pas perjalanan sah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Artikel Berkaitan: