MIC tunggu pendirian BN

Saravanan (dua dari kanan) menyerahkan sijil kepada penerima dalam Majlis Perasmian Program Inisiatif Penjana Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di Hotel Thistle, Johor Bahru hari ini.
Saravanan (dua dari kanan) menyerahkan sijil kepada penerima dalam Majlis Perasmian Program Inisiatif Penjana Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di Hotel Thistle, Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - MIC akan menunggu pendirian Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu berikutan desas-desas pertukaran kerajaan Persekutuan seperti dịumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, pihaknya sehingga kini masih belum mengetahui pendirian BN berhubung perkara itu.

"BN belum lagi adakan mesyuarat, tapi sekiranya apa-apa berlaku, parti kena bermesyuarat dahulu untuk buat keputusan.

"Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi cuma cakap ia melibatkan sokongan individu dan bukannya parti.

"Setakat ini tiada siapa bincang dengan kita mengenai pertukaran kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Inisiatif Penjana Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di Hotel Thistle, di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian MIC terhadap dakwaan Anwar yang mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang selepas pihaknya memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan.

Menurut Anwar, kerajaan baharu itu adalah gabungan ahli Parlimen daripada pelbagai parti, namun tidak menyebut berapa jumlah majoriti yang diperoleh.

Perkara itu sekali gus mencetuskan ura-ura akan ada Ahli Parlimen daripada BN berpaling tadah daripada PN dan menyokong Pakatan Harapan (PH).

Artikel Berkaitan: