X

Kindly register in order to view this article
!

SESB buat persiapan rapi hadapi PRN

A
A

SHAH ALAM - Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hari ini menegaskan pihaknya sudah membuat persediaan rapi sejak beberapa minggu lalu bagi memastikan 656 pusat mengundi di seluruh Sabah mendapat bekalan elektrik diperlukan.

Dalam kenyataan itu, SESB mengambil tanggungjawab itu untuk memastikan bekalan elektrik mencukupi semasa bermulanya proses pembuangan undi sehingga keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diperoleh.

"Sebagai tambahan, SESB juga memasang genset di 64 pusat penjumlahan undi. Genset ini berperanan sebagai 'backup' sekiranya bekalan elektrik terputus.

"SESB turut menempatkan empat orang pegawai di setiap pusat penjumlahan untuk bagi mengawal selia genset tersebut," kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan dibuat susulan lawatan Pengerusi Tenaga Nasional Berhad dan SESB Datuk Seri Mahdzir Khalid ke pemasangan genset di Pusat Penjumlahan Undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!