Kenyataan Mahathir salahkan UMNO dalam isu Anwar tidak tepat

Nazir Hussin Akhtar Hussin
Nazir Hussin Akhtar Hussin
A
A
A

SHAH ALAM - Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan UMNO dalam percaturan politik membabitkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak tepat.

Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, ini kerana sejak dari awal Barisan Nasional (BN) dan Pas berpendirian bahawa satu Pilihan Raya Umum (PRU) baharu perlu diadakan bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlaku.

"Namun seperti yang diketahui umum, pandangan tidak mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu. Atas sebab itu, BN dan Pas mengambil keputusan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

"Sokongan ini dibuat tanpa sebarang syarat membabitkan hal-hal peribadi mana-mana pemimpin seperti mana dakwaan Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, pelbagai peristiwa selepas itu dalam pembentukan Kabinet dan penubuhan Perikatan Nasional sedikit sebanyak mengguris hati dan perasaan ahli UMNO.

Menurutnya, UMNO diketepikan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan PN ditubuhkan bagi menyaingi BN yang ditunjangi oleh UMNO.

Malah katanya, Ahli-ahli BN telah dipancing menyertai PN dengan maklumat yang tidak berapa tepat dengan andaian UMNO akan menyertainya kemudian.

"Walaupun berkecil hati, UMNO tidak pernah mengheret isu politik atau pemimpin parti untuk menjatuhkan kepimpinan Muhyiddin Yassin.

Artikel Berkaitan:

"Sudah tentu dalam keadaan ini ada ahli-ahli Parlimen UMNO yang tidak berpuas hati telah memilih jalan yang berbeza dari keputusan pucuk pimpinan parti menyokong kepimpinan Perdana Menteri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas tuntut penjelasan UMNO

Sokongan UMNO kepada Anwar bersyarat, kata Dr Mahathir

Muhyiddin persoal jumlah sebenar ahli Parlimen sokong Anwar

Tambah beliau, ia bukan kali pertama berlaku.

"Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ramai juga ahli Parlimen UMNO menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri (ketika itu) Tun Dr Mahathir Mohamad dan ada yang keluar parti menyertai beliau.

"Oleh kerana majoriti kerajaan ini sangat tipis maka ia akan sentiasa bergolak sehinggalah satu PRU baharu diadakan," katanya.

Pada masa sama katanya, rakyat perlu sedar bahawa Dr Mahathir adalah punca kerajaan ini tidak stabil apabila kumpulan beliau menentang Muhyiddin walaupun sebelum itu memberi sokongan.

Menurutnya, Dr Mahathir boleh menstabilkan kerajaan ini dengan menyokong Muhyiddin bukannya meletak beban kemelut politik ini kepada UMNO.

"Cukup-cukuplah 'mengkambinghitamkan' UMNO untuk kepentingan diri. Jika Dr Mahathir ikhlas beliau boleh kembali menyokong Muhyiddin dan mengukuhkan kerajaan.

"Kepada Perdana Menteri yang budiman dan berpengalaman, saya fikir eloklah dibubarkan Parlimen demi sebuah kestabilan politik yang baharu," katanya.