X

Kindly register in order to view this article
!

PRN Sabah: Polis terima 171 laporan

Hazani (kanan) bercakap kepada pemberita pada sidang media berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di pejabatnya pagi tadi.
A
A

KOTA KINABALU – Polis menerima sebanyak 171 laporan membabitkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula pada 12 September lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, dari jumlah itu sebanyak 52 kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan selanjutnya.

“Untuk makluman, polis juga menerima sebanyak 97 laporan polis berhubung kenyataan seorang ahli politik yang berkaitan dengan Ops Daulat di Lahad Datu.

“Dari jumlah itu sebanyak 61 laporan diterima di Sabah manakala selebihnya dibuat di Semenanjung,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Hazani berkata, pihaknya akan meletakkan anggota di beberapa lokasi tumpuan khususnya selepas proses pengundian tamat esok.

“Kita telah membuat perancangan awal dan akan menempatkan anggota di tempat jadi tumpuan di mana malam esok saya akan letakkan Unit Tindakan Rusuhan Awam atau Public Order Riot Unit (PORU) di Padang Merdeka bagi mengelakkan daripada masyarakat berkumpul.

“Kita tidak nafikan untuk meraikan kemenangan, berkumpul itu boleh tapi perlu jaga etika, patuhi undang-undang yang sedang berjalan,”katanya.

Beliau turut meminta kepada semua masyarakat untuk tidak membuat sebarang provokasi yang boleh menjejaskan reputasi individu lain termasuk memuat naik dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan palsu.

“Jangan percaya dengan suatu perkara yang tidak benar kesahihannya, minta pandangan dan nasihat daripada pihak berkaitan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!