Tak mungkin saya bersama DAP, kata Ahmad Maslan

Muatnaik dalam Facebook Ahmad Maslan.
Muatnaik dalam Facebook Ahmad Maslan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan beliau tidak mungkin bersama DAP.

Menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini, Ahli Parlimen Pontian itu turut memberi gambaran dua jenis sistem percukaian di negara ini iaitu Cukai Barang dan Perkhidmatan ( GST) dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan ( SST).

"Wah hari-hari akan bergaduh. Dia nk (nak) SST cukai terburuk dalam dunia kuno, orang senang tipu, tak telus dan regresif.

"Saya pula GST, cukai terbaik dalam dunia moden, sukar tipu, telus dan progresif. Tak mungkin saya bersama DAP, Siapa yang ramal ini gunalah otak sikit. Bubar parlimen," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

UMNO, BN tidak dapat halang Ahli Parlimen mahu sokong Anwar

Semalam, tular senarai nama ahli Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana Ahmad Maslan akan menyandang jawatan Menteri Kewangan 2 manakala Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan 1.

Artikel Berkaitan: