AmanahRaya bantu orang asli di jajaran Pos Sinderut

Ramli bersama sukarelawan pada Majlis Pelepasan Sukarelawan AmanahRaya di jajaran Pos Sinderut, Sungai Koyan kelmarin.
Ramli bersama sukarelawan pada Majlis Pelepasan Sukarelawan AmanahRaya di jajaran Pos Sinderut, Sungai Koyan kelmarin.
A
A
A

LIPIS - Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) menganjurkan program menjana komuniti bagi membantu masyarakat orang asli dari 19 kampung di jajaran Pos Sinderut, Sungai Koyan di sini baru-baru ini.

Program itu selaras dengan usaha kerajaan di bawah program menjana komuniti untuk membentuk sosioekonomi masyarakat.

Pengerusinya, Ramli Mohd Noor berkata, program selama tiga hari sehingga hari ini merupakan inisiatif AmanahRaya untuk menyantuni masyarakat orang asli selain memberi pendedahan tentang budaya dan cara hidup kaum itu serta memupuk nilai murni kepada sukarelawan terlibat.

“Pada program itu, sukarelawan akan mengagihkan sumbangan berupa bakul makanan kepada lebih 1,100 ketua isi rumah di 19 kampung berkenaan.

“Turut diagihkan sumbangan komputer riba, meja komputer dan kelengkapan sukan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Sukarelawan AmanahRaya yang menyertai program itu di Sungai Koyan di sini kelmarin.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Adenan Md Yusof.

Ramli berkata, AmanahRaya merupakan sebuah institusi yang sentiasa memberikan perkhidmatan kepada semua golongan masyarakat dan sumbangan diedarkan diharap membantu masyarakat orang asli yang tinggal jauh di pedalaman.

Artikel Berkaitan: