Pasangan kekasih buruan polis akhirnya diberkas

Laporan Sinar Harian 15 September lalu dan kedua-dua suspek yang juga sepasang kekasih berjaya diberkas malam tadi selepas 10 hari menjadi buruan polis.
Laporan Sinar Harian 15 September lalu dan kedua-dua suspek yang juga sepasang kekasih berjaya diberkas malam tadi selepas 10 hari menjadi buruan polis.
A
A
A

RAUB - Suspek wanita yang melarikan diri daripada tahanan polis dengan bantuan teman lelakinya di kawasan parkir Mahkamah Raub 14 September lalu berjaya diberkas malam tadi selepas 10 hari menjadi buruan.

Turut ditahan bersama wanita dari Kampung Ulu Lepar Dong berusia 23 tahun itu ialah teman lelakinya yang berusia 22 tahun dari Kampung Pulau Kabong Budu, Benta.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, mereka ditahan sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub di sebuah rumah di Kampung Gali Hilir, di sini kira-kira jam 9 malam tadi.

"Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 224 dan 225 Kanun Keseksaan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, suspek wanita berkenaan memiliki tujuh rekod lampau manakala teman lelakinya enam rekod lampau.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang di pekarangan tempat letak kereta Mahkamah Raub baru-baru ini, seorang wanita yang merupakan tahanan polis melarikan diri dengan dua tangannya bergari.

Suspek wanita tersebut antara 12 orang kena tahan (OKT) yang dibawa ke mahkamah untuk sebutan kes bagaimanapun ketika hendak dibawa ke lokap IPD Raub, tiba-tiba datang seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC warna hitam dari arah belakang anggota polis lalu suspek wanita melompat ke atas motosikal tersebut dan melarikan diri bersama penunggang itu.

ARTIKEL BERKAITAN: OKT lolos macam filem aksi

Artikel Berkaitan: