Mitec raih pengiktirafan


Mitec mampu menganjurkan pameran mega untuk lebih 100,000 pengunjung dan konvensyen dengan kapasiti 20,000.
Mitec mampu menganjurkan pameran mega untuk lebih 100,000 pengunjung dan konvensyen dengan kapasiti 20,000.
A
A
A
PUSAT Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) menerima pengiktirafan Anugerah Pilihan Editor oleh salah satu penerbitan perdagangan di rantau ini, CEI Asia.

Kriteria penghakiman untuk anugerah ini berdasarkan saranan konsensus oleh editor yang sering berkunjung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mitec, Gunther Beisse, penghargaan yang diterima itu adalah satu penghormatan.

"CEI Asia adalah penerbitan industri yang boleh dipercayai, dengan pemahaman yang mendalam tentang bagaimana hal-hal yang diteliti dalam peristiwa perniagaan.

"Pengiktirafan ini juga sebagai motivasi terhadap pasukan Mitec yang mendorong untuk terus membina reputasi lebih kukuh dan berusaha ke arah kecemerlangan," katanya.

Tambahnya, anugerah tersebut diberikan berdasarkan banyak merit, dengan penyataan utama kepada pusat yang menjadi tempat ketiga terbesar di Asia Tenggara.

"Mitec mampu menganjurkan pameran mega untuk lebih 100,000 pengunjung dan konvensyen dengan kapasiti 20,000," katanya.

Menekankan susun atur fizikal, Beissel berkata, pasukan Mitec meletakkan keutamaan dalam strategi.

"Pada 2018, kami telah berjaya mengikat perjanjian lima tahun dengan United Business Media (M) Sdn Bhd (UBM Malaysia) yang mana kami akan menganjurkan empat acara terkenal UBM dari 2019-2023 dan acara dwitahunan dari 2019-2028.
Artikel Berkaitan:


"Kami juga memeterai perkongsian kerjasama eksklusif dengan Pusat Konvensyen & Pameran Antarabangsa Guangdong Tanzhou (GICEC) China. Ini adalah perkongsian perniagaan jangka panjang yang akan meningkatkan jangkauan antarabangsa kami dan menjana impak ekonomi bagi Malaysia," katanya.