X

Kindly register in order to view this article
!

Isu Sumareh: FAM buat keputusan tepat

Laporan Sinar Harian hari ini.
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tepat apabila menunggu keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung kes membabitkan pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh.

Pengamal undang-undang, Nik Erman Nik Roseli berkata, FAM boleh mendengar isu kontrak pemain tempatan dan antarabangsa berdasarkan Peraturan Status dan Perpindahan Pemain (RSTP) Jun 2020.

Beliau menjelaskan, berdasarkan RSTP berkenaan, FAM perlu menunggu keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sama ada badan induk bola sepak dunia itu mahu mendengar kes tersebut atau menolak kepada FAM.

“Adakah isu kontrak pemain ini patut didengar oleh FAM atau badan induk, FIFA? Dalam isu kontrak pemain Malaysia, isu ini adalah isu domestik dan Isu domestik adalah di dalam bidang kuasa FAM.

“Akan tetapi dalam isu melibatkan Sumareh, isu kontrak pemain ini sudah mendapat perhatian FIFA terlebih dahulu. Ini kerana menurut Artikel 22 RSTP, di mana isu di antara kelab dan pemain berkaitan kelewatan pembayaran gaji dan terdapat permohonan ITC, maka ini dalam bidang kuasa FIFA.

“FIFA akan menentukan sama ada mereka mempunyai bidang kuasa mendengar isu ini atau tidak walaupun Sumareh adalah pemain Malaysia. Sebagai penerangan mudah, pemain Malaysia pindah ke kelab Malaysia (adalah perpindahan) domestik dan (di bawah) bidang kuasa FAM.

"Bagi pemain Malaysia pindah ke kelab Thailand, ia perpindahan antarabangsa dan (berada) dalam bidang kuasa FIFA. Apa yang difahami sekarang adalah kes ini telah pun berada di tangan FIFA. Jadi di sini bukan FAM tak nak tapi kena tunggu keputusan badan induk bola sepak dunia berkenaan.

“Kes penamatan kontrak Sumareh sekarang berada di (peringkat) FIFA. Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dinasihati untuk menumpukan perhatian dan bersedia untuk membentangkan kes mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Nik Erman berkata, isu ITC juga selesai apabila ITC Sumareh dikeluarkan badan induk bola sepak dunia itu bagi membolehkan pemain kelahiran Gambia berkenaan bermain di Thailand.

“Pengeluaran ITC Sumareh tidak bermakna penamatan kontrak pemain oleh Sumareh adalah sah. Isu penamatan kontrak pemain adalah isu berlainan dari isu ITC dan belum diputuskan oleh FIFA,” jelasnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!