Kuarantinkan jentera parti yang pulang

No Image Caption
A
A
A

ESOK adalah hari pengundian untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Pada hari tersebut, ratusan ribu orang akan keluar mengundi bagi menentukan kerajaan negeri Sabah yang baharu.

Apa yang dibimbangkan sekarang adalah kes jangkitan koronavirus (Covid-19) yang semakin meningkat di negeri itu. Ramai pakar kesihatan sudah mengeluarkan amaran bahawa keadaan di negeri itu tidak begitu selamat usulan beberapa kluster baharu ditemui.

Walaupun prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dikuatkuasakan, namun kita boleh melihat sendiri kempen oleh jentera parti seringkali melupakan penjarakkan fizikal. Ketidakpatuhan itu boleh menyebabkan jangkitan Covid-19 semakin tersebar luas.

Apatah lagi beberapa pemimpin politik telah disahkan dijangkiti Covid-19 ketika berkempen di Sabah. Oleh itu, pemeriksaan rapi perlu dilaksanakan terhadap ratusan jentera parti yang akan balik semula ke negeri masing-masing selepas PRN Sabah berakhir.

Mereka ini perlu dikuarantin selama 14 hari terlebih dahulu di Sabah sebelum dibenarkan pulang. Langkah itu bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 di seluruh negara. Kita tidak mahu kluster-kluster baharu muncul di negeri-negeri yang telah menjadi zon hijau.

Gambar hiasan - Fail Bernama
Gambar hiasan - Fail Bernama

Selain itu, PRN Sabah perlu dijadikan penanda aras jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mahu diadakan pada waktu terdekat. Mungkin beberapa langkah boleh dilaksanakan umpamanya menggunakan media sosial dengan sebaiknya.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berpendapat, kempen perlu dilakukan secara maya tanpa melibatkan perhimpunan besar-besaran sekiranya pematuhan SOP tidak dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, emosi dan cara pemikiran menjurus kepada aspek politik semasa musim pilihan raya agak ketara sehingga menjejaskan tumpuan kepada perkara lain terutama dalam konteks pencegahan Covid-19.

Kita tidak mahu nyawa rakyat yang tidak berdosa menjadi pertaruhan gara-gara permainan politik yang tidak sepatutnya berlaku.