Sarawak perketat peraturan kemasukan dari Sabah dan Labuan

Semua pelawat yang ingin memasuki Sarawak dari Sabah dan Labuan perlu memohon untuk memasuki negeri ini menggunakan aplikasi telefon pintar 'EnterSarawak' dan melampirkan keputusan saringan 'Reverse Transcript - Polymerase Chain Reaction (RT-PCR)' sebelum tarikh perjalanan berkuat kuasa esok.
Semua pelawat yang ingin memasuki Sarawak dari Sabah dan Labuan perlu memohon untuk memasuki negeri ini menggunakan aplikasi telefon pintar 'EnterSarawak' dan melampirkan keputusan saringan 'Reverse Transcript - Polymerase Chain Reaction (RT-PCR)' sebelum tarikh perjalanan berkuat kuasa esok.
A
A
A

KUCHING - Semua pelawat yang ingin memasuki Sarawak dari Sabah dan Labuan perlu memohon untuk memasuki negeri ini menggunakan aplikasi telefon pintar 'EnterSarawak' dan melampirkan keputusan saringan 'Reverse Transcript - Polymerase Chain Reaction (RT-PCR)' sebelum tarikh perjalanan berkuat kuasa esok.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, peraturan ini adalah salah satu keputusan yang diambil berikutan peningkatan kes Covid-19 di Sabah sejak kebelakangan ini.

“Mereka juga akan diberi pas masuk terhad selama lima hari di Sarawak. Mereka juga perlu melampirkan tiket penerbangan pulang (mereka bersama-sama pas masuk berkenaan),” katanya.

Penumpang yang gagal melampirkan keputusan saringan RT-PCR mereka sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh perjalanan, tidak akan dibenarkan memasuki negeri ini.

Sementara itu, warga Sarawak, pemastautin tetap dan pemegang pas visa negeri ini yang merancang untuk melakukan perjalanan sama juga perlu melengkapkan butir permohonan mereka di aplikasi 'EnterSarawak' dan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Mereka juga perlu memakai gelang tangan serta menjalani ujian RT-PCR pada hari kedua dan ke-10 kepulangan mereka.

Menurut kenyataan itu lagi, pelawat yang kerap melakukan perjalananan antara Sabah, Labuan dan Sarawak termasuk mereka yang terlibat dalam perkhidmatan penting perlu memohon pas khas daripada mana-mana jawatankuasa pengurusan bencana bahagian di dalam negeri ini.

Ia berkata, kategori pelawat daripada tiga kategori ini perlu menjalani saringan RT-PCR setiap 14 hari dan kegagalan melakukannya akan mengakibatkan pembatalan pas itu.

Artikel Berkaitan:

“Semua warganegara dan warga asing yang memasuki Sarawak perlu mengisytiharkan sekiranya mereka telah berada di Sabah atau Labuan dalam tempoh 14 hari lepas. Sekiranya mereka membuat pengisytiharan palsu, mereka akan dikenakan tindakan di bawah Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam 1999,” katanya. - Bernama