The Cops komited arahan FAM

PDRM FA kini bersaing dalam saingan CIMB Liga Super musim ini. -Foto: PDRM FA 'THE COPS'
PDRM FA kini bersaing dalam saingan CIMB Liga Super musim ini. -Foto: PDRM FA 'THE COPS'
A
A
A

SETIAUSAHA Kehormat Persatuan Bola Sepak Polis DiRaja Malaysia (PDRM FA), Asisten Komisioner Zulkefly Yahya memberi jaminan The Cops akan melengkapkan proses penswastaan kelab bola sepak (FC) merangkumi proses pemisahan dari persatuan bola sepak (FA) ke FC menjelang tarikh akhir ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Katanya, bagi tujuan itu PDRM FA telah mewujudkan satu jawatankuasa khas diketuai naib presiden, Deputi Komisioner Datuk Abdul Majid Mohd Ali.

"Insya-ALLAH, kami yakin dapat melengkapkan proses penswastaan ini sebelum 30 September ini," katanya.

Kelmarin Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM, Mohd Firdaus Mohamed menegaskan bahawa tiga pasukan Liga Malaysia (Liga-M) iaitu PDRM FA, UiTM FC dan UKM FC masih berada dalam peringkat awal proses penswastaan FC.

Tambahnya, pihaknya sudah pun mengeluarkan surat peringatan terakhir kepada ketiga-tiga pasukan-pasukan berkenaan untuk menyelesaikan segera proses mengikut tarikh ditetapkan FAM.

Artikel Berkaitan: