Anwar perlu lalui proses tepat: Bung Moktar

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin -Foto Bernama
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin -Foto Bernama
A
A
A

SANDAKAN – Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya telah mendapat majoriti cukup bagi membentuk kerajaan baharu perlu melalui proses yang tepat.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ia termasuklah perlu mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Jika ditanya pada saya, saya menyatakan bahawa saya hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat mengenai dakwaan tersebut.

“Sama ada majoriti cukup atau tidak, beliau (Anwar) perlu melalui proses yang tepat termasuk perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong,” katanya di sini.

Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata, sehingga kini Dewan Rakyat masih tidak bubar dan kerajaan juga tidak akan bertukar melainkan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

UMNO, BN tidak dapat halang Ahli Parlimen mahu sokong Anwar

Semalam, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mendakwa beliau kini mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baharu dan menegaskan bahawa majoriti yang diperoleh adalah konklusif serta bukannya majoriti tipis.

Artikel Berkaitan:

Anwar turut memberi jaminan bahawa beliau mempunyai 'dokumen tetap yang tidak boleh diragui' bagi membuktikan beliau kini mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu.