X

Kindly register in order to view this article
!

Anwar cipta cerita dongeng, untuk jejas kempen PRN Sabah

Shahidan Kassim
A
A

ALOR SETAR - Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh majoriti sokongan untuk menubuhkan kerajaan baharu adalah sekadar cerita dongeng.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ia hanyalah gimik politik yang dicetuskan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah untuk menjejaskan kempen pemimpin UMNO.

Menurut beliau, ini kerana antara intipati kempen di Sabah adalah untuk menukar kerajaan sedia ada dan mengajak rakyat bersama dengan kerajaan Persekutuan.

"Anggota backbenches seramai 50 orang, tidak ada satu pun yang nyatakan untuk lompat. Jadi bagaimana Anwar dapat jumlah (sokongan) tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahidan berkata, sehingga kini, 23 ahli Parlimen UMNO, 10 masing-masing dari Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta tujuh wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kekal menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ternyata ini satu cerita dongeng yang dicipta untuk PRN Sabah. Saya nak bagi tahu orang Sabah, jangan percaya cerita tersebut," katanya.

Tegas beliau, kerajaan Persekutuan masih kukuh dan tidak akan 'tumbang' hanya dengan dakwaan Anwar itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!