Mahdzir nafi terlibat penubuhan kerajaan baharu

Mahdzir menafikan dakwaan beliau terlibat dengan cadangan penubuhan kerajaan yang diketuai Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebooknya hari ini.
Mahdzir menafikan dakwaan beliau terlibat dengan cadangan penubuhan kerajaan yang diketuai Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebooknya hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menafikan terlibat dengan cadangan penubuhan kerajaan yang diketuai Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Padang Terap itu turut menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa beliau pernah menyokong gerakan berkenaan.

"Saya, Mahdzir Khalid, Ahli Parlimen Padang Terap dan Naib Presiden UMNO, menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Port Dickson, seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita dalam talian," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

UMNO, BN tidak dapat halang Ahli Parlimen mahu sokong Anwar

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataannya berkata, parti itu dan BN tidak dapat menghalang ahli-ahli Parlimennya untuk mengambil keputusan menyokong Anwar bagi membentuk kerajaan baharu.

Katanya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan sokongan kepada kerajaan PN adalah daripada ahli-ahli Parlimen sahaja.

Sebelum itu, Anwar pada sidang akhbar tergemparnya mendakwa telah mendapat sokongan majoriti bagi menumbangkan pentadbiran PN.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai sokongan tersebut sehingga menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Artikel Berkaitan: