X

Kindly register in order to view this article
!

Konsep terbuka JBIX dapat maklum balas positif peserta korporat

YEW WONG
A
A

JOHOR Bahru Internet Exchange (JBIX), ibu sawat Internet (IX) kedua di Malaysia, telah menarik 20 penyedia perkhidmatan internet (ISP) berbeza serta syarikat dari Malaysia dan seluruh rantau ini.

Ketua Pegawai Penghubung JBIX, Weng Yew Wong berkata, maklum balas daripada peserta korporat terhadap konsep terbuka JBIX adalah positif.

Menurutnya, berdasarkan peningkatan jalur lebar di rantau ini, sudah sampai masanya mempunyai IX kedua di Malaysia untuk memberi manfaat saling hubung internet kepada perniagaan dan organisasi tanpa lesen ISP.

"Setakat ini, kami mempunyai lima peserta korporat daripada sektor pendidikan dan kewangan. Beberapa daripadanya sedang dalam proses memohon alamat protokol internet (IP) dan nombor sistem berautonomi, yang akan menjadi usaha sama kali pertama dengan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

JBIX dilancarkan pada September 2018 bagi menangani jurang dalam industri telekomunikasi dengan membolehkan perniagaan dan organisasi tanpa lesen ISP untuk saling hubung bagi pertukaran trafik internet antara satu sama lain.

Mengulas lanjut, Yew Wong berkata bagi mana-mana ibu sawat, mewujudkan hasil rangkaian ini sentiasa mencabar di peringkat awal.

"Setakat ini kami gembira dengan maklum balas daripada industri ini, kami mempunyai lebih 20 peserta dalam tempoh tiga bulan selepas pelancaran,” katanya.

Beliau berkata, rakan kongsi setara baharu akan menikmati caj port pada kadar sifar sehingga akhir September 2019 dan selepas itu caj port akan ditetapkan pada kadar antara terendah di rantau ini.

JBIX ketika ini dikendali dan diselenggarakan oleh pasukan rangkaian Open DC IP Core.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus