X

Kindly register in order to view this article
!

Ahmad Maslan gesa PRU diadakan segera

Tangkap layar Facebook Ahmad Maslan hari ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Langkah untuk menyelesaikan kemelut politik negara ketika ini adalah dengan dengan mengadakan pilihan raya umum (PRU) dengan segera.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Perikatan Nasional (PN) masih tidak stabil dengan hanya kelebihan empat kerusi Parlimen iaitu 113 kerusi berbanding 109 kerusi yang dimiliki Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, kestabilan politik dan ekonomi adalah penting dalam sesebuah negara.

"Kerusi Parlimen 113 berbanding 109 adalah tak stabil. Perlu lebih 130 kerusi untuk tadbir dengan baik. Jalan keluar? Kembali kepada rakyat dengan adakan PRU," kata Ahli Parlimen Pontian itu menerusi Facebook beliau hari ini.

Ahmad berkata, pandemik Covid-19 yang masih belum pulih bukan halangan untuk mengadakan PRU di Malaysia.

"Dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, negara seperti Korea Selatan dan Singapura sudah selesai (pilihan raya)," katanya.

Selain Ahmad, antara pemimpin UMNO yang turut menggesa PRU diadakan segera ialah Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Menurut mereka, PRU dilihat langkat tepat dalam mengembalikan mandat rakyat seterusnya memilih parti dan pemimpin menerajui tampuk pemerintahan.

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang selepas beliau memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!