X

Kindly register in order to view this article
!

PGA rampas beras seludup

PGA Batalion 7 Kuantan merampas pelbagai jenama beras seludup seberat 850 kg selepas menahan kereta jenis Perodua MyVi di Kampung Jubakar, Tumpat.
A
A

TUMPAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas pelbagai jenama beras seludup sebanyak 850 kilogram (kg) selepas menahan kereta jenis Perodua MyVi di Kampung Jubakar di sini, petang semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintenden Azhari Nusi berkata, bagaimanapun anggotanya terpaksa mengejar kenderaan itu terlebih dahulu selepas pemandunya cuba melarikan diri sejurus menyedari kehadiran pasukan berkenaan.

"Kita telah mengarahkan pemandu kenderaan tersebut supaya berhenti, namun dia enggan berbuat demikian.

"Sebaliknya terus memecut laju dari jalan Kubang Sawa ke Jubakar sebelum berhenti dan melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, pemandu MyVi itu kemudian berhenti secara mengejut di tengah jalan Kubang Sawa ke Jubakar dan kemudian melarikan diri.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu membawa kepada penemuan pelbagai jenis kampit beras.

"Siasatan awal mendapati beras berkenaan diseludup dari Thailand untuk pasaran di sekitar jajahan Tumpat. Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan berjumlah RM18,284," katanya.

Tambah Azhari,kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi Dan Beras 1994.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!