SPRM cari Nallu atau Nathan

SPRM sedang mengesan Nallu bagi membantu kes siasat rasuah.
SPRM sedang mengesan Nallu bagi membantu kes siasat rasuah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

Menurut kenyataan SPRM, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Nallu atau Nathan berumur dalam lingkungan 30-an dipercayai menetap di sekitar Cyberjaya dan Puchong, Selangor.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penguasa Ahmad Firdaus Hashim di talian 017-552 0525 atau e-mel ke alamat ahmad.firdaus@sprm.gov.my," katanya.

Artikel Berkaitan: