Enggan bebankan pelanggan, Pak John Steambot & BBQ serap Cukai SST


Salah seorang pekerja Pak John Steamboat & BBQ menunjukkan antara menu yang ditawarkan.
Salah seorang pekerja Pak John Steamboat & BBQ menunjukkan antara menu yang ditawarkan.
A
A
A
Pak John Food Sdn Bhd (Pak John Steambot & BBQ) merancang membuka cawangan baharu pada suku ketiga tahun ini sebagai usaha menambah bilangan cawangan yang tertumpu di Lembah Klang selain mengukuhkan kedudukan syarikat dalam industri makanan dan minuman.

Pengarah Operasinya, Chong Cheong Sung berkata, cawangan baharu itu akan menelan kos pelaburan kira-kira RM1 juta bergantung kepada faktor lokasi, kadar sewa kedai dan saiz cawangan.

Menurutnya setakat ini, Pak John Steambot & BBQ yang beroperasi di pusat beli-belah IOI Putrajaya dan e@Curve mendapat sambutan memberangsangkan dan pembukaan cawangan baharu itu bagi memudahkan orang ramai menikmati menu di restoran tersebut terutamanya pada hujung minggu.

"Pembukaan cawangan baharu itu dijangka mencatatkan pertumbuhan syarikat yang diunjurkan 10 peratus meskipun persaingan sengit di hadapi dalam industri makanan dan minuman.

"Kami berkeyakinan sasaran ini akan dicapai berikutan jumlah pengunjung dicatatkan antara 8,000 hingga 10,000 sebulan dan penambahan menu baharu pada tahun ini," katanya pada sidang media, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan:


Cheong Sung berkata, walaupun berdepan dengan Cukai SST, Pak John Steambot & BBQ tidak menaikkan harga yang dikenakan kepada pelanggan sebaliknya menyerap kos tersebut kerana tidak mahu membebani pelanggannya.

Mengulas mengenai menu baharu yang diperkenalkan pada awal tahun ini, Pak John Steamboat & BBQ memperkenalkan tujuh menu iaitu sup ikan ala Korea menggunakan ikan siakap, kulit ikan dori yang digoreng bersalut kari dan telur asin, sotong teriyaki, sotong kari, sotong lada hitam dan sotong madu.

"Selain itu, kami menyediakan bebola ikan, ketam, sotong, siput, kupang untuk steamboat atau dipanggang serta pelbagai jenis sayur, restoran itu juga menyediakan enam jenis perisa sup. Malah, kami juga menyediakan beberapa menu seperti wafel, premium dim sum, kepingan daging lembu, kambing, itik dan abalone," katanya.