Calon PN DUN Membakut sambut baik BPN 2.0

Mohd Arifin (kanan) ketika melawat Pusat Daerah Mengundi Binsulok, Membakut semalam.
Mohd Arifin (kanan) ketika melawat Pusat Daerah Mengundi Binsulok, Membakut semalam.
A
A
A

MEMBAKUT - Calon Perikatan Nasional (PN) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mengalu-alukan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Mohd Arifin berkata, pengumuman itu membuktikan kesungguhan kerajaan dalam membantu mengurangkan beban hidup rakyat di negara ini.

“Saya melihat beliau mendengar segala permasalahan rakyat di negara kita. Bagi penduduk di DUN Membakut ini khususnya sangat mengalu-alukan bantuan tersebut untuk dimanfaatkan oleh rakyat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan ziarah bertemu rakyat di Kampung Binsulok, di sini semalam.

Beliau yang bertanding di DUN Membakut akan dicabar empat lagi calon lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Mohd Arifin (kiri) ketika mengadakan ziarah ke rumah penduduk di Kampung Binsulok, Membakut semalam.
Mohd Arifin (kiri) ketika mengadakan ziarah ke rumah penduduk di Kampung Binsulok, Membakut semalam.



ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin umum BPN 2.0 berjumlah RM7 bilion

Semalam, BPN 2.0 yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan kesungguhan kerajaan untuk mengurangkan beban hidup rakyat.

Kerajaan juga memperuntukkan RM7 bilion untuk membantu golongan berpendapatan rendah berhadapan kelembapan ekonomi akibat ancaman pandemik koronavirus (Covid-19).

Bantuan itu meliputi bantuan RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah yang berada dalam kumpulan B40; RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang; RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40; dan RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang merupakan satu skim bantuan yang agak menyeluruh dan mengambil kira pelbagai aspek keperluan rakyat.

Artikel Berkaitan: