Polis akan rekod keterangan Mohamaddin selepas PRN Sabah

Mior Faridalathrash
Mior Faridalathrash
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan merakam keterangan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Mohamaddin Ketapi bagi membantu siasatan susulan kenyataannya bahawa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 adalah sandiwara.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, proses rakaman percakapan itu mungkin dilaksanakan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Rakaman keterangan itu akan dilakukan pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman yang berada di Sabah kerana penugasan sempena PRN.

“Keterangannya akan diambil di negeri berkenaan apabila keadaan mengizinkan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, beberapa saksi lain akan turut dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung perkara itu.

Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu dan sebanyak 72 laporan polis diterima di seluruh negara. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Isu sandiwara Lahad Datu: Bukit Aman terima 72 laporan polis

Mohamaddin akan dirakam keterangan: Bukit Aman

Artikel Berkaitan: