Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan nafi positif Covid-19

Tular di WhatsApp dan Facebook berita palsu Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan positif Covid-19.
Tular di WhatsApp dan Facebook berita palsu Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan positif Covid-19.
A
A
A

SEREMBAN - Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menafikan yang beliau positif koronavirus (Covid-19) seperti mana yang tular di aplikasi WhatsApp dan Facebook sejak semalam.

Beliau berkata, berita palsu itu timbul berikutan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dilaporkan positif wabak berkenaan selepas pulang dari Sabah.

"Saya pula ada di Sabah sejak 12 September lalu dan Sabtu lalu saya ada hadir ceramah yang turut dihadiri oleh Shahril Sufian.

"Disebabkan beliau dah disahkan positif Covid-19, saya dan rakan-rakan UMNO yang berada di Sabah ambil langkah buat saringan. Kemungkinan disebabkan keputusan saringan saya lambat keluar, jadi ada yang sengaja buat cerita saya telah dijangkiti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mohd Zaidy membuat hantaran di laman sosial Facebooknya menjelaskan yang dirinya negatif Covid-19.
Mohd Zaidy membuat hantaran di laman sosial Facebooknya menjelaskan yang dirinya negatif Covid-19.

Menurutnya, beliau hanya mengetahui berita palsu berkenaan selepas rakan-rakannya bertanya keadaan kesihatannya lebih-lebih lagi bilangan kes Covid-19 di Sabah yang tinggi.

Bagaimanapun beliau tidak pasti siapa yang menyebarkan berita palsu itu, namun tidak menolak kemungkinan ia sengaja ditimbulkan untuk menakut-nakutkan pengundi supaya tidak mendekati orang UMNO yang berkempen di sana.

"Saya bersyukur keputusan saringan yang diperoleh jam 9 malam tadi mengesahkan saya negatif Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Isunya sekarang berita itu sengaja direka supaya pengundi tidak keluar lebih-lebih lagi hanya tinggal dua hari saja lagi hari mengundi," katanya.